Available hErE..

Pockets Diapers:: QQBaby Snazzy Minky Snap Button, QQBaby Plain Colour Snap Button, Coolababy Snap Button, Coolababy Velcro, Coolababy Bamboo Charcoal

Cloth Pads & Pantyliners:: Baby Snowdrop, Saffa

Wednesday, September 1, 2010

Bahan Beracun Di dalam Lampin Pakai Buang

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin pakai buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.
Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.
Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.
Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).
Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

Wednesday, May 12, 2010

Kenapa Cloth Diapers...

Banyak sebab kenapa ummi2 patut bertukar dari lampin pakai buang kepada lampin kain (cloth diaper)... antaranya ::

  • Jimat belanja... walaupun harga 1keping CD ni mahal (namun affordable)...untuk jangka masa pjg memang jimat & berbaloi... bak kata org tua2.. alah mmbeli menang memakai.. xcaya?? cuba kita buat kira2 ilmu hisab sket... (dgn mengambil kira DD rm 0.50/kpg dan CD rm30/kpg) (DD=disposable diaper/lampin pakai buang; CD= cloth diaper)

RM0.50 x 6helai x 30hari = RM 90.00
RM 90.00 x 12 bulan = RM 1,080.00
RM 1,080 x 3 tahun = RM 3,240.00


Jika membeli 20 CD (jika kurang, maka kurang la lg perbelanjaan)

RM30.00 x 20 helai = RM 600.00

Penjimatan yang diperolehi
RM 3,240 – RM 600.00 = RM 2,640.00

  • Tahan Lama... iaitu... untuk 'One-Size CD', saiznya boleh dilaraskan dr S ke M ke L... caranya :: laraskan pd butang2 yang berbaris dihadapan CD berkenaan... maka dgn itu, boleh digunakan dr newborn hinggalah baby membesar..hingga 3 thn... tgk pd saiz & berat baby ummi2 sekalian.. & boleh dipakaikan pada anak akan datang...
  • Boleh dipakai begitu saja... maksudnya.. xperlu pakai spender sbb dh colourful & corak pelbagai... ;-)
  • Senang dibasuh... digalakkan & recommended basuh mesin... mudah.. boleh dibasuh bersama baju anak2 yang lain... digalakkan juga menggunakan laundry bag.. TIDAK perlu menggunakan pelembut pakaian / fabric softener,, peluntur...clorox, TIDAK perlu sabun yang banyak... JIKA terkena kencing baby, bilas dahulu sblm dicampur bsama baju2 lain... JIKA baby ber*k, alirkan CD pada air yang laju ke dalam lubang tandas, bilas & boleh dibasuh bersama baju2 lain.... hmmm... cucian tgn pn boleh...
  • disamping kebaikan2 diatas itu... lebih sihat... mesra alam...